Karier Muzik Zul Norizan

Zul mula berjinak jinak dalam muzik sejak beliau di tingkatan lima, setelah beliau membeli gitar pertamanya untuk belajar. Waktu membeli, beliau masih belum ada asas untuk bermain gitar namun beliau tetap bertekad untuk mempelajarinya.

Ilmu beliau dalam menggunakan peralatan audio memberi sedikit sebanyak memudahkan Zul untuk memahami bagaimana muzik berfungsi. Selepas mendapat gitar, beliau mula menuyusun atur lagu saduran (cover) dan mula meniru untuk merakam lagu saduran tersebut sehampir yang boleh seperti lagu asal.

Beliau mula berkenalan dengan Deera Lee pada tahun 2014 melalui Facebook, akibat minat mereka yang sama dan mendalam, dalam bidang muzik. Berbeza dengan Zul, Deera minat menulis karya sendiri berbanding memainkan karya orang lain dan maka dari situlah bermulanya kolaborasi antara mereka berdua.

Pengalaman dan rakan kenalannya di UNISEL membuatkan Zul mula lebih fokus dalam rakaman dan penerbitan muzik. Maka pada 2016, beliau menubuhkan Fusion Records MY yang pada asalnya sebagai label hos bagi lagu lagu projek Unisel Artist United-nya diterbitkan.

Kini, Fusion Records MY, diterajui oleh Zul, Deera dan Achah menerbitkan banyak lagu untuk artis artis baru tanah air, seperti Mina Amira[1][2], Hani Nosha[3] dan ramai lagi.